Saturday, December 12, 2009

.sang pencinta.

aku terpanggil untuk menukil secebis rasa hati setelah terbaca beberapa entri daripada kak diyana dalam sanggar debat.bermakna dan cukup terkesan di hati.rata-rata semuanya angkara debat dan pencintanya. saya pasti ada antara kita tertanya dan meneka. mengapa saya menagihnya? apa penangannya?

mereka pernah mengasak.bertanya mengapa.tapi saya tidak pernah sekali tidak membelanya.mereka tidak tahu kerana mereka tidak pernah merasa.ia seperti cinta yang kamu mahu atau sedang rasai kini.tidak pernah ada paksa dan deritanya buat kamu mahu lagi. mungkin saya tidak seperti pencinta lain. yang bercinta sepenuh hati; jiwa dan raga.yang sentiasa ada bila perlu. yang tidak berhenti mencuba; perbaiki diri sang pencinta.

dunia ini buat saya terkadang lena sendiri.saya tidak mahu dibalut resah. diulit rasa bersalah. pada diri dan pada universiti yang saya wakili.masa bukan penghalang lagi. saya mahu mereka tahu; pada yang menilai dan memerhati.saya akan berusaha jagi pencinta abadi.yang jatuh bangun sendiri.

biar mereka mencela.tidak mengapa.walau saya tidak mungkin jadi seperti pencinta lain yang telah mengukir kisah cinta debat terulung, tidak ada salahnya.asal saya tahu saya masih ada waktu.untuk mengukir kisah cinta debat 'terulung' buat diri bilamana masa menjemput saya pergi.

No comments:

 
Copyright 2009 one big heart. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree