Thursday, December 17, 2009

.jadi selebriti boleh mati.



siapa yang tidak kenal dengan wajah kacak (bagi saya) di atas? Remy Ishak bukan nama asing lagi. semenjak namanya menjadi topik bualan hangat media dan peminat fanatik hampir gila kisah Nur Kasih di tv3 dan wataknya sebagai Mansor Adabi dalam teater Natrah, Remy Ishak bukan 'manusia biasa' lagi. saya dengar dengar beliau sudah diangkat sebagai hero malaya menggantikan Rosyam Nor.waduh..waduh..hebat sungguh penangannya!

memang seronok jadi selebriti kan? baru setahun jagung,sudah terkenal;nama mula mendapat tempat, tawaran berlakon sekejap je dapat.mungkin sebab itu, ramai yang mahu jadi artis. termasuklah kawan kawan penulis (nama anda kekal rahsia).tapi benarkah hidup jadi artis ini sadis?

hampir setiap hari, penulis dan anda semua disaji dengan kisah kurang enak golongan artis; artis kene tipu, artis bercerai, artis mangsa video lucah etc..etc..
dan Remy Ishak tidak terlepas. baru baru ini peminat fanatik Remy dan tidak fanatik juga dikejutkan dengan berita beliau dibelasah beberapa lelaki di hadapan IB selepas teater Natrah.

malang kan? hanya gara gara gosip beliau bercintan dengan Ummi Nazeera,(penulis agak pasti bukan gosip semata) akhirnya lebam biji mata. kan penulis dah kata, jadi selebriti boleh mati! nasib baik cedera ringan sahaja.

IB pun sudah mula berjaga jaga. nak perketatkan kawalan keselamatan, bimbang pisang berbuah dua kali.ini mesti sebab yang dibelasah tu Remy Ishak, cuba kalau Ahmad mat kilang atau Ah Teong jual sayur yang kene belasah, agak agak nya IB terkesan ke? penulis, jangan hentam keromo ye.

tapi jadi selebriti buat money.

1 comment:

Ummu Nuha said...

sebab itu sy bahagia kekal seperti ini. namun sy tiada duit yg banyak utk shopping.


dan sy akan mati juga nnt. tsk tsk.

 
Copyright 2009 one big heart. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree