Sunday, December 13, 2009

.chef of the day.

terngiang-ngiang suara mama mengingatkan aku untuk masak lunch nanti.

mama: along, keluarkan udang dari peti ais. masakla pape along suka. masa nie la nak tunjuk kehebatan. hehe

aku: hmm..


pujian mama tak terkesan di hati aku. sehingga jam 1230 pm aku masih berpeleseran di depan tv. tergolek-golek ke sana sini. dari kejauhan, pasti baba memandang aku tajam. perut berkeroncong. ketiadaan mama ke medan selera buat aku tidak senang duduk.bukan sebab aku nak ikut mama tapi sebab kene ke dapur. jadi wanita.. aduhh malas betul..

entah di mana datang tenaga.aku bangun dah gigihkan juga.kupas 2 biji bawang besar,3 ulas bawang putih,dan terkial-kial mencubit sedikit belacan. hmm pasti enak; terdetik aku sendiri.
tidak semena-mena mama tiba di balik pintu dapur.

mama: hmm wanginya..(sambil tersenyum..)

pujian mama betul-betul terkesan. hati berbunga..


p/s: setinggi-tinggi wanita melangkah, akhirnya dapur juga tempatnya..=p


1 comment:

akubukanartis said...

alahai mana gambarnye. tunjuk sket weh biar aku bersemangat ke dapur seperti kau.


hehe aku try bygkan muka baba pandang ko mak hehe

word verification: ENDIE

 
Copyright 2009 one big heart. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree