Thursday, April 30, 2009

.mari berpantun.

Bunga ku tumbuh indah melata,
Sekali di pandang cantik berseri,
Jangan asyik bermain kata,
Nanti padah menimpa diri.


~ peringatan buat buaya-buaya darat di luar sana.pandai betul tanam tebu tepi bibir, ye.tebu entah kemana, mulut bau busuk~


Pembakaran sampah jangan terbuka,
Asap kotor di mana-mana,
Masa bercinta manis belaka,
Bila berkahwin serba tak kena.



~kahwin? tanggungjawab yang bukan kecil. hadapi dengan tabah bagi yang sedang menikmatinya. bagi yang belum seperti saya, sabarlah ya. masanya akan tiba~



saya mahu tidur. moga mimpi indah lagi.


6 comments:

Hanna said...

pucuk buluh tumbuh melata,
dimasak lemak enak sekali,
zaman bercinta segalanya indah belaka,
jauh dimata dekat dihati...

>>betol x cik farhana?

c-diod said...

hehehhe..tingat masa awk pantun tym skola dlu :p

ainunL muaiyanah said...

haha berpantun pula ya..

nak balas, nak balas tapi saya tidak handal berpantun



Apa diharap kepada rotan?
Rotan tidak mengikat raga,
Apa diharap kepada bulan?
Bulan tidak menyinar cahaya.


lala

napisah said...

aku nak pantun jugak~

nak beli pantun ainunl. haha.

pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang juga.

best tak? hehe. taktau pantun!

WILAYAH BABA said...

halllaweh sumer hebat2 la kat cni
aku nak try gak..

dua tiga kucing berlari...
mana...mana...selamat hari raya

*dipetik dr upin dan ipin*

hahaha :)

c-diod said...

tu pantun apa kemmmm

 
Copyright 2009 one big heart. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree