Tuesday, April 28, 2009

.more than words.

time: 8.30pm
venue: bilik panas

seingat aku baru pagi tadi aku karang puisi airmata, tiba-tiba malam ini aku pula berendam air mata. terlalu deras air yang mengalir sampai aku rasa mesti penuh satu baldi kalau ditadah. baju aku lencun dibasahi peluh.aduhh, perit betul aku rasa. sampai naik sesak hidung dan anak tekak. tapi aku percaya airmata itu berbaloi.



aku selalu marah kepada siapa yang bercakap tanpa befikir. sedap betul cakap apa mereka suka tanpa meneka apa perasaan mereka yang mendengarnya. tapi, aku juga buat benda yang sama. lebih parah, bila kita lukakan insan yang kita sayang~ibu.ayah.kakak.abang. dan si dia.



bak kata Pujangga:"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak."



manusia tidak akan pernah sedar dan tahu kelemahan diri selagi tidak menoleh ke belakang. bagi aku, kata-katalah perisai dan pembunuh manusia. terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya. ni lah padah yang aku terima. menangis sampai bengkak mata.


p/s: hati saya untuk kamu.



1 comment:

bare essence said...

sabar,sume ini hanya ujian untuk menguji kekuatan kalian...doaku sentiasa buat kalian...

 
Copyright 2009 one big heart. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree