Tuesday, June 02, 2009

.aku bukan aku.

kamu harus tahu,

hari ini aku tidak lagi melihat dunia dan diri aku seperti aku lihat sebelum ini. kini, semua sudah berubah. langit tidak lagi sebiru dan sejernih air laut. pohon tidak lagi sehijau warna daun. makanan yang aku suap ke mulut tidak lagi selazat dahulu. dan aku bukan lagi diri ku.



semenjak aku berkampung di fakulti untuk praktikum yang hanya tinggal lagi dua minggu, hati aku kacau bilau fikiran aku terbang melayang. aku berpikir pikir siang dan malam, mendiskusikan perkara yang sama berulang kali bersama teman seperjuangan, apakah kami sudah bersedia.



hmm, kalau ditanya mereka yang sudah lama melaluinya pasti mereka juga berkata yang mereka belum bersedia semenjak kali pertama menjejakkan kaki ke sana. tapi tidak ada siapa pun yang betul-betul bersedia untuk menjalani sesuatu yang baru dalam hidup.



kamu tahu tak,

kalau aku diberi peluang aku mahu lari jauh-jauh, terbang setinggi yang boleh dan menjerit sekuat hati..aarrrrggghhhhh, mengapa masanya sudah tiba? aku cuba mempersiapkan diri aku untuk sebarang kemungkinan yang mugkin berlaku. demi Tuhan, aku sangat takut. tetapi, kalau ada orang yang berjaya melaluinya dan tidak mati dengan kerenah gila mereka, pasti aku juga boleh bukan?



ya, aku boleh. kamu jua. semua akan okay kan? ya, semua akan okay. aku doakan kamu, teman.yang pasti aku tidak boleh jadi aku. masanya sudah tiba. aku jangan menoleh lagi.





p/s: monolog untuk kamu.

2 comments:

LIYANA said...

jika 'aku bukan aku'..kau adalah apa??
adakah mawas???
hahahahahah
hahahahahahahahahaha

SweetyMya said...

mawas? atau bionik? ngeehaha

 
Copyright 2009 one big heart. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree