Saturday, December 12, 2009

.sang pencinta.

aku terpanggil untuk menukil secebis rasa hati setelah terbaca beberapa entri daripada kak diyana dalam sanggar debat.bermakna dan cukup terkesan di hati.rata-rata semuanya angkara debat dan pencintanya. saya pasti ada antara kita tertanya dan meneka. mengapa saya menagihnya? apa penangannya?

mereka pernah mengasak.bertanya mengapa.tapi saya tidak pernah sekali tidak membelanya.mereka tidak tahu kerana mereka tidak pernah merasa.ia seperti cinta yang kamu mahu atau sedang rasai kini.tidak pernah ada paksa dan deritanya buat kamu mahu lagi. mungkin saya tidak seperti pencinta lain. yang bercinta sepenuh hati; jiwa dan raga.yang sentiasa ada bila perlu. yang tidak berhenti mencuba; perbaiki diri sang pencinta.

dunia ini buat saya terkadang lena sendiri.saya tidak mahu dibalut resah. diulit rasa bersalah. pada diri dan pada universiti yang saya wakili.masa bukan penghalang lagi. saya mahu mereka tahu; pada yang menilai dan memerhati.saya akan berusaha jagi pencinta abadi.yang jatuh bangun sendiri.

biar mereka mencela.tidak mengapa.walau saya tidak mungkin jadi seperti pencinta lain yang telah mengukir kisah cinta debat terulung, tidak ada salahnya.asal saya tahu saya masih ada waktu.untuk mengukir kisah cinta debat 'terulung' buat diri bilamana masa menjemput saya pergi.

Friday, December 11, 2009

.penat menunggu.

uish. penat je menunggu. aku dah beria susun ayat best punya
kalau terserempak ngan dia. cis rupanya baru aku tahu dia ke seminar.

hmm.kau buat aku gile..oh gigi besi..

Thursday, December 10, 2009

.di awangan.

maaf kalau entri kali ini kedengaran sangat cheesy. tapi aku tidak kesah itu semua. kerna, aku mahu kamu tahu apa aku rasa.

perasaan ini buat aku bertanya lagi. walau jawapannya sudah pasti.aku bukan mahu meneka dan menduga apa ada dalam hatinya.aku tahu bukan mudah untuk memilih. apatah lagi untuk buat satu keputusan yang mungkin akan disesalkan. tapi aku sedar, dia bukan takut. atau tidak bersedia. cuma itulah dirinya.

aku akan disini.walau dilambung ombak.walau dihempas pantai. moga Tuhan akan sentiasa buka hati kamu hanya untuk aku.

p/s: aku terbang di awangan.




having news from some,
wanting badly to move forward,
waiting for the day to come,
dearie, you're not a coward.

.have a drink!.


if you're thirsty, lets have a drink.

p/s: iklan air botol. cheesy.


.aku akan tetap menunggu.

akhirnya..
perjuangan di UM terhenti setakat di quarter final. hmm rupanya mimpi aku untuk berdebat di pentas final hanya fantasi yang aku reka sendiri untuk jadi penguat semangat.
tapi xpe, aku yakin generasi baru UiTM akan menjadikan mimpi aku satu reliti satu hari nanti. aku akan setia menunggu..wink~


di sebalik penganjuran UM yang laha.. hehehe.aku rasa sgt seronok sbb:

1. ni ialah last royal aku.dan aku dapat merasa manisnya bersama semua. suka dan duka dirasai bersama

2. aku dapat bersama si dia dan keluarga baru UTM. heehee.

3. makin cinta pada dunia ini. cinta dan rasa di UM semua bergaul menjadi satu. debaran,kebanggaan, tangisan, dan segalanya.. walauapapun, ia kenangan paling indah buat aku..


p/s: tiada apa untuk disesalkan..
 
Copyright 2009 one big heart. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree